Buat semua sahabat Majesty..

Berhati-hati dijalanraya
Pandulah dengan cermat dan bertimbang rasa serta ingatlah orang yang tersayang..

kmpng2..


Generasi Depan Majesty

Aktiviti awal 2010....


game badminton pada malamnya...



release tension d pantai Bak Bak


Selamat Pagi, MAJESTY?

Salam 1 MAJESTY...?

Pagi semua.... Hari ni, ada yang mula berkerja semula, ada yang balik Limbang, KK dan seantaranya....
Apa-apa pun, bagi yang masuk kerja hari ni, semoga dapat bangun dari igauan cuti 4 hari ya.... Bagi SAHABAT DENT yang akan balik ke Limbang, hati-hati dalam perjalanan, kalau bawa laju tu, jangan lupa FOKUS pada pemanduan & INGAT orang tersayang serta MAJESTY.
Bermulanya MAJESTY asas dari semangat PERSAHABATAN & PERMOTORAN, berdirinya MAJESTY kerana SETIAKAWAN & KEPERCAYAAN ANDA PARA SAHABAT MAJESTY dan KEKALNYA MAJESTY adalah bergantung pada ANDA SEMUA, BANGUNLAH GENG....

Mesyuarat Agung 2010 - 15.02.2010

Assalammualaikum WTB.?

Pertama sekali, syukur Al-Hamdulillah Mesyuarat Agung MAJESTY 2010 akhirnya terlaksana dengan jayanya. Kehadiran SAHABAT-SAHABAT MAJESTY pun cukup memuaskan walaupun ada AJK Tertinggi dan AHLI LAMA yang tidak dapat hadir tapi semangat MAJESTY mereka tetap masih dapat dirasakan dan diperlukan (please SAHABAT-SAHABAT, bangun bah!). Disini saya tidak dapat upload gambar-gambar mahu pun apa-apa yang berkaitan sepenuhnya mengenai acara ini kerana menunggu minit mesyuarat penuh siap dan diserahkan kepada semua SAHABAT. Apa yan pasti, AJK Tertinggi yang terbaru adalah :

Pengerusi : AmaN MAJESTY
Naib Pengerusi : AteK
Setiausaha : Hilmi
Bendahari : KamiL

Semoga 2010 ini menjadi satu titik dan detik kegemilangan semula MAJESTY yang makin tinggi cabaran dan dugaannya...

KeMBaLi.....











Pra Mesyuarat Agung 2010 - 14.02.2010

Antara ahli-ahli kuat yang berkesempatan hadir.

Rindu dengan senyuman manis MAJESTY... Semoga MAJESTY makin lagi MANTAP dimasa kini, akan datang dan selamanya... Malah SAHABAT DENT yang balik bercuti (jarang SAHABAT-SAHABAT ada kesempatan bersamanya sekarang ni) dari LIMBANG, SARAWAK berkesempatan hadir...



Bermacam ragam, penyeri MAJESTY...
Kalau tambah pearl sikit kat wajah kamu tu, lagi berseri-seri tau!!!




Senarai kehadiran dan agenda...

Kafe ini jadi saksi dan tempat utama MAJESTY.


Salam 1 MAJESTY...

Saya, AmaN MAJESTY menguacapkan setinggi-tinggi TAHNIAH dan SYABAS kepada MAJESTY kerana masih kekal dan mampu berdiri lagi. Saya cukup-cukup bangga bila ada wajah-wajah yang masih kekal dengan semangat MAJESTY walaupun sejak 2 menjak ini, kelihatan agak malap (lampu suluh Xde bateri kali?) tapi bila usul mesyuarat diadakan, SAHABAT aka. AHLI MAJESTY cukup-cukup bersemangat untuk hadir.
Ok, kita kembali kepada pengisian Pra Mesyuarat ini...

  1. Pertama sekali, Pengerusi 2009 membuat ucapan alu-aluan dan seterusnya menyatakan mesyuarat agung tidak akan dapat berlangsung lancar kalau AJK TERTINGGI SAHABAT-SAHABAT MAJESTY tidak hadir semuanya (memang betul pun ni, so plz hadir SAHABAT-SAHABAT). Kehadiran diambil berserta no. hp yang aktif bagi SAHABAT yang hadir. Namun begitu, saya mencadangkan agar kami buat apa-apa yang patut dulu supaya nampak berisi waktu ini.
  2. SAHABAT HILMI mencadangkan agar membuat keahlian semula untuk para SAHABAT MAJESTY ini dan membuat Kad Keahlian. Cadangan disokong oleh SAHABAT DENT dan diterima pakai. Jadi, sila bawa sekeping gambar berukuran K/P dan sesalinan lesen memandu besok!
  3. Mesyuarat ditangguhkan...

MESYUARAT AGUNG MAJESTYCARZ 2010

SALAM 1 MAJESTY,

Dengan hormatnya kelab majestycarz menjemput semua ahli kelab majestycarz untuk hadir ke Mesyuarat Agung Majestycarz 2010 kali ke-2. Berikut adalah maklumat terperinci :
1. Tarikh : 15 hb februari 2010
2. Masa : 9.00 malam
3. Tempat : restoran satar, esplaned sidek, kudat

Adalah diharap semua ahli kelab dapat menghadirkan diri kerana ini dapat meningkatkan lagi mutu dan semangat semajesty.

Sekian.

Salam buat Majesty dari Limbang Sarawak..